Dicatat oleh
Nurul Jalal Abdul Wahab (202191)
on Rabu, 13 Januari 2010
TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN
Sinopsis
Teknologi multimedia adalah salah satu teknologi baru dalam bidang komputer yang memiliki kebolehan untuk menjadikan media pembelajaran lebih lengkap. Multimedia merangkumi pelbagai media dalam satu perisian sehingga memudahkan guru untuk menyampaikan bahan pembelajaran dan pelajar berasa terlibat dalam proses pembelajaran kerana teknologi multimedia membolehkan berlakunya interaktiviti............
(Sila klik URL di bawah untuk membaca artikel penuh)
http://josie653.tripod.com/teknologi.htm
Jangan lupa untuk tinggalkan ulasan serta komentar.
9 ulasan:
Nak komen pun enta kena buat ulasan dulu syekh...
assalamualaikum
penggunaan ICT dalam P&P amatlah bagus supaya pembelajaran seiring dgn perkembangan pendidikan semasa,hasrat kerajaan akan tercapai. syabash
assalamualaikum..
pada hari ini media masa telah mendominasi pemikiran dan perkembangan kognitif dan sosial masyarakat khususnya para pelajar.Arus perkembangan pendidikan abad ini sewajarnya melibatkan penggunaan ICT dan multimedia secara meluas. Ini adalah kerana adalah terbukti bahawa pengaplikasian multimedia adalah sangat berkesan dan mengelakkan dari retorik pembelajaran dan pengajaran yang membosankan.
Tidak dinafikan teknologi komputer memudahkan P&P abad 21 ini. Namun setakat mana guru-guru kita mengaplikasikannya dalam kelas?? Berapa banyakkah guru-guru kita betul-betul pandai menggunakannya?? dan satu lagi berapa banyakkah sekolah dapat menyediakan prasarana ini??
Dewasa ini ramai yang memperkatakan tentang penggunaan teknologi multimedia dan ict didalam pengajaran dan pembelajaran (p&P)dan ramai juga yang menyarankan agar p&p dijalankan menggunakan teknologi tersebut. Persoalannya : Adakah teknologi tersebut benar-benar dimanfaatkan ? Berapa ramai guru yang menggunakannya ? Adakah penggunaan teknologi relevan digunakan didalam sistem pendidikan Malaysia yang berorientasikan peperiksaan (exam oriented) ? Pendidikan yang menekankan agar sukatan dihabiskan secepat mungkin, dan penekanan kepada berapa ramai pelajar yang mendapat 9A dan sebagainya. Sistem pendidikan perlu diubah agar ia selari dengan keperluan dan kehendak sebenar pendidikan kini abad ke-21. Terima kasih kepada pakar ict & multimedia Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin Tumpat, Ustaz Nurul Jalal, kerana berkongsi maklumat ini.
Salam...Perubahan dalam bidang pengajaran Pendidikan Islam perlu dilakukan bagi memastikan hasrat dan matlamat FPK dapat direalisasikan. Dengan itu, guru Pendidikan Islam haruslah lebih berani mengguna dan mempraktikkan pelbagai kaedah semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar lebih mendatangkan kesan yang baik dan menarik tumpuan pelajar.
perubahan penting dalam pendidikan,pendidik harus mengunakan stail pembelajaran terkini seperti penggunaat it suppaya lebih memberi kesan kepada pelajar dan meningkat minat mereka
mana artikel lain nk komen ni..nk tmbh markah
Multemedia dalam pendidikan dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kebosanan pelajar.
Catat Ulasan